SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH
77000 JASIN, MELAKA

  Kata-kata aluan dari Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah.

 Bismillah hirrah aman nir rahim.

 Usaha untuk melengkapkan sekolah dengan ‘Laman Web’ amat tepat sekali. Penghujung abad ke –20 ini dan dalam menyediakan diri kita pada alaf yang kedua ini, teknalogi maklumat merupakan agenda yang terpenting kepada segenap lapisan masyarakat.

 Prasarananya telah dirancangkan melalui projek "Multimedia Super Corridor" dan "Sekolah Bestari" menanti masa untuk dilancarkan. Semua pihak perlu terlibat agar tidak ketinggalan dalam arus peredaran masa.

 Internet pula menawarkan berbagai jenis maklumat, termasuk yang baik dan juga yang buruk. Namun, kita harus bijak melilih maklumat yang ‘sihat’ sahaja.

 Satu bentuk kawalan yang rapi juga harus diadakan supaya matlamat sebenar dapat dicapai.

 Kata akhir, saya berharap agar Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah akan terus unggul dan maju dalam semua perkara.

 Sekian sahaja, terima kasih

 

(TN.HJ.AB.HAMID ABDOL)

Tuan Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah

 

 Kembali ke menu utama